Kosa kata merupakan salah satu komponen yang penting dalam mempelajari bahasa. Semakin banyak perbendaharaan kata yang dimiliki pelajar, semakin mudah dia menyampaikan fikirannya baik dalam tulisan mahupun lisan. Untuk memperkaya kosa kata, pelajar sebaiknya mempunyai buku khusus untuk mencatat kata-kata baru.
Makna kosa kata ialah semua perkataan termasuk kata dasar dan kata terbitan dalam sesuatu bahasa yang mempunyai lapisan-lapisan makna mengikut konteks. Kita boleh menggunakan pelbagai sumber untuk digunakan dalam membina permainan ini. antara sumber tersebut ialah kamus, novel, akhbar, buku teks, cerpen, sajak, dan puisi-puisi tradisional.
Cara Pelaksanaan
· Menjelaskan kepentingan kamus
· Aktiviti mencari makna perkataan menggunakan kamus
· membanding beza makna perkataan mengikut konteks
· membina petikan/esei ringkas berdasarkan senarai kosa kata.
Pengelompok kosa kata
Kosa kata homofon ( sama bunyi tetapi berbeza makna tetapi ikut konteks)
Contoh
· Pokok-pokok
· Ranting-ranting
· Cabang-cabang
· Cabut-cabut
· Makan-makan
· Ketam-ketam
· Daki-daki
· Mati-mati
· Kacau-kacau
· Licin-licin
· Lembut-lembut
· Bisa-bisa
Kosa kata homograf ( sama ejaannya tetapi berbeza maknanya)
Contoh
· rendang-rendang
· perang-perang
· semak-semak
· sepak-sepak
· selak-selak
· serak-serak
Kosa kata sinonim (Sama @ hampir sama makna)
Contoh
· peduli- acuh,endah,hirau,prihatin
· rumit- sukar,sulit,susah,payah,kompleks
· satu- esa,eka,tunggal,wahid
· padu- mampat,padat,pejal,tumpat,kukuh,teguh,untuh
· baris- deret,banjar,jajar
Kosa kata antonim (Kata yang berlawanan maknanya)
Contoh
· kiub-spera
· lurus-bengkok
· maju-mundur
· tinggi-rendah
· rajin-malas
Kosa kata hiponim ( kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain)
Contoh
· kenderaan- kereta,bas,lori,basikal
· keluarga- datuk,nenek,ibu,bapa,anak
· binatang- kerbau,lembu,kambing,ayam
· kosmetik- bedak,gincu,celak,pewangi
· sukan- bola sepak,bola keranjang,softball
Kesimpulannya, pengetahuan kosa kata yang meluas dapat meningkatkan potensi berbahasa seseorang pelajar. Selain itu, penggunaan kamus yang optimum dapat merangsang kebolehan verbal-lingustik pelajar. Malahan, permainan kosa kata menjadikan bilik darjah lebih aktif dan kreatif dengan aktivti percambahan/penyamaan idea.